Sunday, October 27, 2013

TUNANG- TUNANGAN


25hb Oktober 2013 , Jumaat
  
Dengan rasmi telah menjadi tunangan orang.. iaitu tunangan kepada Farhan B. Ahmad.,kekasih a.k.a boyfriend so-so sepanjang 7 tahun aku kenal dia.. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. majlis aku buat selepas Isyak. sebab aku rasa waktu malam lagi selesa dari tengahari atau petang.. lagipun, rumah tunang aku bukan jauh sangat.. area jerantut juga..jadi buat majlis waktu malam amatlah sesuai untuk aku yang tak boleh panas-panas nih.



Persiapan tunang:

Persiapan aku buat ambil masa 2 minggu.. ha... hebatkan... hahaha.. semua tak dirancang (padahal aku yang desak)  dari hantaran sampai ke pelamin .. baju semua sendiri.. huh.. tunang pun makan modal jugak kan... habis jugak 5-6 ribu oiiii... bila fikir-fikir membazir..

1. Baju
kain aku beli di jakel kuala lumpur. masa tu trend kain  sequin.. so aku pun beli la.. konon tiru  Hatta Dolmat la.. hambek ko.. beli kain semua total hampir rm1000. huihhh!
  
design baju.. simple jer.




2. Pelamin
ha.. yang ni sponsor..sebab belah pihak lelaki.. kakak dia ade barang- barang pelamin. so aku pinjam la...yang ini untung.. tema putih-cream gitu..ni aku yang decorate sendiri..



3. Hantaran
Buat sendiri jer... lagipun aku kreatif... kikiki.. padahal aku hentam je buat.. janji nampak macam hantaran.... belah lelaki dan belah perempuan .. aku yang buat.. rajin kan...







so bawah ni aku bagi belanja tengok gambar sepanjang pertunangan aku.












belah lelaki -purple

 step seterusnya. kahwin. tak tau bila.tidak dibincangkan lagi.sekian.