Sunday, July 28, 2013

momotaro jeans untuk perempuan



ha.. kali ni nak cerita sikit pasal seluar aku yang aku beli kerana hasutan. aku mula-mula tak tau pun jenama seluar neh.. pakwe aku la.. suruh beli seluar "made in Japan" .. aku pun beli la.. seluar momotaro ladies punya. huh! harga boleh tahan.. hampir rm1000 juga..beli dalam rakuten.. kalau difikirkan harga poning kopalo den neh ha.. tapi kerana pakwe aku tengah gila meroyan dengan barang jepun.aku pun kena tempiasnya...  tak pasal-pasal aku pun melabur duit semata-mata seluar jeans neh..dia  tak payah cakap la.. lagi la banyak barang jepun neh...

ok seluar MOMOTARO JEANS FOR LADIES.  
ini lambang dia. budak gemuk, berambut abu bakar ellah dan duduk atas buah. kikikiki.. 


kalau nak kenal pasti jenis lelaki dan perempuan, adalah berdasarkan warna line seluar neh. kalau warne pink untuk ladies , dan warna putih untuk lelaki.
paan cakap seluar neh kita kene yang "create" sendiri corak die..sebab tu dia pelik dan mahal. corak yang dimaksudkan adalah garisan-garisan yang terbekas oleh kita yang memakai.. macam kesan lipat pada celah peha. lutut dan keseluruhan jeans la..  nak basuh dan nak  lagi cantik ..basuh dengan air laut. walaweh.. beria sungguh... dah la kain keras.. mengada pulak nak bermandi manda dengan air laut...ituhlah yang aku tahu pasal jeans neh..sekian.. sayonara.


ini bukti beli seluar dari Japan.


pink line-ladies. yang sebelah lagi tambah rm80 baru dapat lambang macam tu.. banyak lagi pilihan. tapi aku pilih yellow gold.



aku dan paan.


iron heart vs momotaro
kawan-kawan seangkatan hasutan jepun.

kita geng!
nudin,mamat,iwan,aku,paan.