Wednesday, November 6, 2013

NASIHAT PENGGUNA TABITA SKINCARE




  Kepada mereka yang telah mencuba memakai produk TABITA ini... anda tidak harus sesekali memikirkan untuk menukarkan kepada produk lain..... jika anda menukarkan produk lain.. kemudian berhasrat untuk memakai tabita anda kembali...

ANDA MEMBUAT KEPUTUSAN YANG SALAH!

kerana.. produk tabita tiada kesan lagi setelah anda mengunakan produk lain...



 KENAPA?

 sebab aku pernah membuat perkara sebegini terhadap wajahku... dan akhirnya Tabita tidak lagi berkesan seperti dulu.... setelah 5 bulan aku pakai.. muka seperti tidak memakai sebarang produk.... kusam dan tiada glowing2 lagi...


kecewa sangat dan menyesal!


p/s: jangan tukar.









Aura Maya skincare aku pakai

satu produk yang pernah aku cuba... AURA MAYA SKINCARE....  aku cuber produk neh selepas aku xsanggup menggunakan TABITA.. kerana terlalu mahal... aku pun mencuba produk ini.. dengan harapan kulit aku akan maintain mcm biasa...

firstly, aku kenalkan produk nyer...


                                                                  gambar sumber google



 ini lah produknyer.... mula-mula pakai.. tidak boleh pakai cream dia  lagi.. kene pakai pakai sabun muka dahulu.. untuk bg serasi.. katanya.... okay.... aku ikutla nasihatnya... dalam sebulan aku pakai lah... BOOOMMM!!! muka aku terus jadi terbakar.. sunburn... terus jadi kusam ...  huh.... sah la produk ni xsesuai ngan aku... dan terus jadi teruk!!!

menyesalnya.... tengak testimoni mcm berjaya... sekali ngan aku.. tak okay......


keputusannya:

                 BERHENTI PAKAI DAN TIDAK BERKESAN!

Sunday, October 27, 2013

TUNANG- TUNANGAN


25hb Oktober 2013 , Jumaat
  
Dengan rasmi telah menjadi tunangan orang.. iaitu tunangan kepada Farhan B. Ahmad.,kekasih a.k.a boyfriend so-so sepanjang 7 tahun aku kenal dia.. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. majlis aku buat selepas Isyak. sebab aku rasa waktu malam lagi selesa dari tengahari atau petang.. lagipun, rumah tunang aku bukan jauh sangat.. area jerantut juga..jadi buat majlis waktu malam amatlah sesuai untuk aku yang tak boleh panas-panas nih.



Persiapan tunang:

Persiapan aku buat ambil masa 2 minggu.. ha... hebatkan... hahaha.. semua tak dirancang (padahal aku yang desak)  dari hantaran sampai ke pelamin .. baju semua sendiri.. huh.. tunang pun makan modal jugak kan... habis jugak 5-6 ribu oiiii... bila fikir-fikir membazir..

1. Baju
kain aku beli di jakel kuala lumpur. masa tu trend kain  sequin.. so aku pun beli la.. konon tiru  Hatta Dolmat la.. hambek ko.. beli kain semua total hampir rm1000. huihhh!
  
design baju.. simple jer.




2. Pelamin
ha.. yang ni sponsor..sebab belah pihak lelaki.. kakak dia ade barang- barang pelamin. so aku pinjam la...yang ini untung.. tema putih-cream gitu..ni aku yang decorate sendiri..



3. Hantaran
Buat sendiri jer... lagipun aku kreatif... kikiki.. padahal aku hentam je buat.. janji nampak macam hantaran.... belah lelaki dan belah perempuan .. aku yang buat.. rajin kan...







so bawah ni aku bagi belanja tengok gambar sepanjang pertunangan aku.












belah lelaki -purple

 step seterusnya. kahwin. tak tau bila.tidak dibincangkan lagi.sekian.





Sunday, July 28, 2013

momotaro jeans untuk perempuan



ha.. kali ni nak cerita sikit pasal seluar aku yang aku beli kerana hasutan. aku mula-mula tak tau pun jenama seluar neh.. pakwe aku la.. suruh beli seluar "made in Japan" .. aku pun beli la.. seluar momotaro ladies punya. huh! harga boleh tahan.. hampir rm1000 juga..beli dalam rakuten.. kalau difikirkan harga poning kopalo den neh ha.. tapi kerana pakwe aku tengah gila meroyan dengan barang jepun.aku pun kena tempiasnya...  tak pasal-pasal aku pun melabur duit semata-mata seluar jeans neh..dia  tak payah cakap la.. lagi la banyak barang jepun neh...

ok seluar MOMOTARO JEANS FOR LADIES.  
ini lambang dia. budak gemuk, berambut abu bakar ellah dan duduk atas buah. kikikiki.. 


kalau nak kenal pasti jenis lelaki dan perempuan, adalah berdasarkan warna line seluar neh. kalau warne pink untuk ladies , dan warna putih untuk lelaki.
paan cakap seluar neh kita kene yang "create" sendiri corak die..sebab tu dia pelik dan mahal. corak yang dimaksudkan adalah garisan-garisan yang terbekas oleh kita yang memakai.. macam kesan lipat pada celah peha. lutut dan keseluruhan jeans la..  nak basuh dan nak  lagi cantik ..basuh dengan air laut. walaweh.. beria sungguh... dah la kain keras.. mengada pulak nak bermandi manda dengan air laut...ituhlah yang aku tahu pasal jeans neh..sekian.. sayonara.


ini bukti beli seluar dari Japan.


pink line-ladies. yang sebelah lagi tambah rm80 baru dapat lambang macam tu.. banyak lagi pilihan. tapi aku pilih yellow gold.



aku dan paan.


iron heart vs momotaro
kawan-kawan seangkatan hasutan jepun.

kita geng!
nudin,mamat,iwan,aku,paan.